Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Sesi 1/2025

16 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2025, Rabu, Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi sesi 1/2025 telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI Mahir sendiri.

Program ini bermula dengan pengenalan Mahir Training System (MTS) yang merupakan platform yang akan digunakan untuk menjalankan kelas dan sebagai tempat menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan kelas kepada para peserta. Peserta NADI Mahir juga telah diajar cara untuk menukar kata laluan buat pertama kali di dalam MTS selain daripada menerangkan setiap fungsi yang terdapat di laman web MTS.

Semoga program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti untuk mempelajari ilmu sepanjang hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali